Platform Wakaf Digital
Yayasan Wakaf Malaysia

Mudahkan urusan wakaf anda secara dalam talian dengan sistem yang telus, selamat dan patuh syariah.

Lihat Projek

Tentang Kami

Profil

Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).

Menjadi peneraju dalam pembangunan wakaf di Malaysia
Yayasan Waqaf Malaysia
Objektif
  • Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh negara melalui jalinan kerjasama.
  • Membangun harta wakaf untuk tujuan khairat, pendidikan dan kebajikan.
  • Menjana modal melalui kaedah kontemporari, terkini dan inovatif.
  • Menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi bagi manfaat ummah.
  • Menyempurnakan amanah pewakaf.